Saturday, December 3, 2011

Merlin Season 4 is coming to town...

The Evil Lady Morgana
Merlin Season 4 is coming...yeahhhh...not to town...tiba2 mood lagu krimas..

Aku baru lepas nengok video banjir kat kajang (2 Dis) at youtube..agak teruk banjir kat kajang...beberapa orang berjaya diselamatkan..Alhamdulillah. Banyak kereta dan moto ditenggelami air...Jenuh nak repair kalau tak der insurans bencana alam...Sebab kat Malaysia kurang bencana alam selain banjir (gegaran, letusan gunung berapi dan etc), maka kita tidak terdedah dan kurang kesedaran tentang insurans bencana alam.

Ok..ok tukar topik...topik asal aku adalah MERLIN SEASON 4.... weeeeeeee...aku mmg peminat Merlin sejak Season 1 lagi...Sebab aku minat? Aku sangat meminati movie/drama epic selain cerita  romance comedy, fantasy dan action. Cerita kegemaran aku - The Tudors Series, The Other Boleyn Girls, Harry Potters Series, The Lord of The Rings Series, RobinHood dan banyak lagi...

MERLIN SEASON 4 akan bersiaran di DIVA CHANNEL pada 12 Disember jam 8.30 malam dan TV3 pada 16 Disember ini, pukul 10 malam di slot Mega Movie. Episod seterusnya akan disambung pada setiap Ahad di TV3 pukul 10 malam bermula 18 Disember ini. Pelik ada 2 stesen tayang. Takperlah bukan masalah aku, aku nengok yang mane aku sempat (dah nengok pun episod 1 kat youtube....sebab tak sabar punya pasal).

Sinopsis:

Siri pengambaran fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat untuk menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya.

Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot.

Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya mula berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain.

Merlin bakal menghadapi cabaran yang paling sukar apabila niat jitu Morgana bukan sahaja akan menggugat masa depan Putera Arthur, malah ia juga akan membahayakan keseimbangan alam nyata.

Sinonim dengan temanya, kisah Merlin musim keempat ini menampilkan konsep lakon layar yang sarat dengan elemen-elemen misteri dan drama.

Dibarisi bintang-bintang musim lalu, Johnny Capps, Julian Murphy, Jake Michie dan Julian Jones yang bertanggungjawab merealisasikan siri epik ini menjelaskan bahawa nilai dan unsur kematangan mampu dilihat di dalam karakter-karakter watak, dimana secara keseluruhannya kesemua watak akan mempamerkan personaliti yang lebih dingin dan serius.

Babak kemuncak bakal menyaksikan Morgana berpadu tenaga dengan Alator, seorang ahli sihir misteri demi membongkar sebuah rahsia yang berupaya untuk mengubah masa depan.
(credit to www.mstar.com.my)




Morgana & Alator

Uther Pendragon is dead..uhuksss..

Gwen during coronation..

Old merlin....

Adakah freya akan kembali dalam Season 4?

MERLIN SEASON 4...lebih suspen..MORGANA dilihat mendominasi kuasa dan kejahatannya....tak sabooor...

Sincerely,
MERLIN'S BIGFans


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...