Korang suka makan burger tak? Sape tak suka burger kan? Aku ada 2 kategori burger yang aku suka makan iaitu burger bandar dan burger kampung.
Kadang2 terasa nak makan burger bandar....Apa itu burger bandar (cam kuiz plak..eheheh)?
- Tempat asal - bukanlah dari Malaysia dan dibawa dari luar dari Malaysia.
- Lebih mahal
- Hanya mudah didapati dibandar2, kalau kat ceruk kampung jangan harap leeee
- Burger bandar - McD, KFC (zinger), carls junior, burger king dan macam2 lagi...
Tapi burger yang paling sedap..mestilah burger yg kat stall tu...aku paling suka makan burger kampung....senang nak cari dan beli...senang gak nak buat sendiri kat rumah..
Aku ada kenangan buat burger kampung kat rumah. Dari zaman sekolah, ayah aku dah biasa beli daging burger ramly dan semestinya daging lembu (sebab ayah aku tak makan ayam). Dan guest what...akulah tukang masak burger kat rumah (aku mmg suka)...Aku masak untuk 6 orang (mak, ayah, akak, abang, adik dan aku lerr)....siap ada salad dan timun gituuu.....dan dimasakkan secara well done iaitu dipotong tengah. Aku tak suka daging burger ala2 merah tak masak gituuu yang banyak dijual di RNR.
Tapi baru2 nie aku sedih sebab ada email yang dihantar oleh pihak2 tak bertanggungjawab mengenai produk Ramly. Pemilik asalnya, Datuk Ramly Mokni dikatakan tidak lagi menjadi pemiliknya. Jahat betul la mulut yang sebarkan cerita tu...
Baru-baru nie, kat berita dah maklumkan Ramly telah disabotaj oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Biarlah dosa2 sebarkan fitnah tu ditanggung mereka. Doa orang yang teranayai insyaAllah dimakbulkan.
Aku suka beli:
- Minced meat (lembu) - masak spagetti bolognaise or black pepper. wajib buat stock
- Oblong chicken or meat - bila rindu nak makan McD prosperity yang tak selalu ada
- Daging burger or ayam - ini selalu ada stock bila malas nak masak waktu malam. wajib buat stock
- Hotdog - sesuai breakfast tapi jarang buat stock
- Tempura ayam - sesuai buat stock, senang bila ada budak2 datang...
Yang benar,
Peminat burger kampung
aku pn suke ramly..kalau xde ramly xmkn la burger hehe..
ReplyDeleteknp aku mkn dging dye ketul2 ek. sakit tw ggi aku tergigit.. mohon jawap
ReplyDelete