Labuan? Dah lama rasanya tak ke sini...Adalah dekat-dekat 5 tahun gamaknya..I miss so much about labuan? What is i missed the most? Chocolate of course...Coklat kat KL pun melambak kan...tapi ntahlah feel membeli coklat kat labuan agak berbeza berbanding beli kat KL...Coklat di Labuan murah seperti di Langkawi....
Kebetulan aku perlu ke Labuan kerana meeting...Semuanya agak last minute...Tiket baru dapat, hotel tak booking lagi..semua main gamble jer....Nasib baik miting mula petang, sempatlah prepare dulu apa yang patut....
Lepas miting, kami pun mula menapak kaki ke hotel. Penat g miting pun tak abis lagi...Kalaulah kaki nie boleh bersuara, mesti dia bersuara"Awat tuan aku nie asyik merayap ajoo...tak reti2 nak rehat"....Ehehehehe, Labuan kan kecik jer, satu hari dah boleh pusing satu pulau. Aku cadang nak menginap kat Hotel Sara....
Lepas miting, kami pun mula menapak kaki ke hotel. Penat g miting pun tak abis lagi...Kalaulah kaki nie boleh bersuara, mesti dia bersuara"Awat tuan aku nie asyik merayap ajoo...tak reti2 nak rehat"....Ehehehehe, Labuan kan kecik jer, satu hari dah boleh pusing satu pulau. Aku cadang nak menginap kat Hotel Sara....
Mengikut wikipedia:
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
Alamak Hotel Sara penuh la pulak...Pemilihan Hotel Sara adalah kerana kedudukan kedai makan yang bersebelahan.....Senang nak menapak dan memenuhkan perut. Namun apakan daya, Hotel Victoria terpaksa menjadi pilihan...Malas nak mencari hotel lain sebab kebanyakannya penuh. Hotel ini penuh keunikan (sebenarnya aku takut tengok luar hotel tu...scary sket), aku tawakkal jelah..Room rate RM90 semalam (without breakfast).
Jeng...jeng jengggg....pintu masuk lift..unik kan...
perlu dibuka utk masuk lift.....aku jadi jakunn
kemudian tarik pintu dan tutup....lift akan bergerak
Malamnye kami menyewa teksi ke Anjung Ketam. Tambang teksi RM12 - RM 15. Sampai sana, semua makanan telah tersedia untuk diterkammmm....Makanan dah sejuk la sket...Tapi sebab tak mau menunggu lama lebih baik call dulu...Kami berjaya membelasah sekumpulan seafood sehingga kenyang. Ehehehe. Orang nak belanja kan layan jelah.....
deretan seafoods...
butter mr crabs..
butter prawn...
ikan putih...ikan mmg mahal berbanding yg lain
chillies crabs
L.I.C.I.N kan
Inilah kedainya..view tepi pantai...cun
Esoknya ekspedisi mencari coklat dan arak bermula dengan jalan kaki sahaja.....opsssss. Arak mmg bersepah2 kat sini.....Masuk kedai coklat seumpama masuk kedai arak...Tadi tak der maknanya aku nak beli arak..giloss apaaa...
Aku hanya rambang mata nengok coklat....Kalau boleh semua nak dibelinya...NAFSU jaga-jaga tuu...
Aku hanya rambang mata nengok coklat....Kalau boleh semua nak dibelinya...NAFSU jaga-jaga tuu...
Dan ini hasil titik peluh pusing Labuan..berbaloi-baloi...
Kain silk from oversea murah kat sini..Ada 2 cawangan...Price negotiable...
Aku sempat beli sepasang corak abstrak...Tapi kain kat sini memang cantik..marbeles..
Cuma fulus tak banyak sgt....uhukkksss....
AWAS...JANGAN MEROGOL DAN ETC...ehehehe
Lepas check out dan makan, aktiviti bergambar pun bermula...Flight jam 5 petang....Jadi kami lepak kat taman berdekatan Perbadanan Labuan. Redup dan sopoi2 bahasa je angin bertiup...
mee goreng sedap....tapi tak pedas langsung...lunch timee
telur goreng sedap...
bihun sedap cuma tak pedas.......
NO PELACUR..
WHY THE PRICE FISH VERY EXPENSIVE? hehehehe
Yang benar,
NINAZ
Sewa Kereta di Labuan. Viva Manual RM55 saja sehari. Tel / SMS / WhatsApp : 010-7776996 Din @ Wan. http://budgetcarrentallabuan.blogspot.com/
ReplyDelete