Thursday, November 29, 2012

In Love with Khat Kufi...

Semalam aku mencari hiasan yang sesuai utk digantung di rumah. Yelah nak tukar hiasan dan secara tidak sengaja aku terjumpa Kufi On Kanvas.
 
Apa itu maksud Kufi?
 
Hasil google aku, ini yang aku jumpa..
 
 
Jenis-jenis Seni Khat
 
Tamadun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
 
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
 
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
 
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.
 
Khat Diwani Jali. jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
 
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.
 

I'm in love with this..
 
 
 And this...
Credit to Kufi On Kanvas
 
 
Yang benar,
Kagum dengan tulis khat
 
 

Monday, November 26, 2012

#Wordless Monday - Ngantuk


Hari ini adalah hari Isnin. Tapi aku sangat penat. Mungkin sebab aktiviti hujung minggu yang lalu..



 
Pic : google
 
 
 
Yang benar,
Mata kuyu layu...

Friday, November 23, 2012

Mumbling di petang Jumaat

Petang-petang nie, mata mulalah ngantuk....ngantuk bukan sebab dah kenyang (aku tak makan hari nie..ehehehhe), mungkin agak letih dengan cuaca yang cejuk-cejuk ala Hyde Park, London. Aku pernah ke London? Caya ke? Tak pernah pun lagi..moga-moga suatu hari nnti tercapai kan.
 
Teman sebilikku nie sangat sukakan London. Asal nampak taman yang berbunga-bunga, mulalah ayat cliche dia yang aku nyampah nak dengar:

 
"Bestnye kalau kat London, sejuk jeeee"
 
"Ko tahu, kalau kat London, leh baring-baring atas rumput...kat sini panas la"
 
"Gunung Jungfraujoch kat Switzerland memang best main salji"
 
"Tengok pokok pines tu macam kat Switzerland"
 

Gunung yang kawan aku maksudkan tu...SubhanaAllah mmg cantik...


 
Macam mana la aku tak termuntah...wakakaka...tapi mungkin disebabkan rasa teruja yang teramat, sesiapa pun boleh jadi gitu...Mungkin aku begitu satu hari nanti..
 
Tadi masa break, aku g cari cat untuk dicalit pada gate rumah...Bila pompuan beli cat? Fuuuuhhh macam beli berliter-liter, walhal 1 liter jer...ehehehehehe...InsyaAllah nk cat weekend nie..

Sebenarnya aku nk bercerita tentang warna kegemaran aku sekarang, panjang plak intro dan mumbling aku tu,...wakakakaka..

I'm in love into brown and beige colour. Sebelum nie aku pernah sangat sukakan warna coklat, terutama dark brown...Namun, masa silih berganti aku bertukar pula ke warna pink dan kelabu. And now i'm into nature colour again..especially brown dan beige.......and khaki too...




Semua warna nie cantik sangat....
 
 
 
Yang benar,
Peminat warna ~ brown, beige, khaki, pink, royal blue, turquoise dan grey





 

#Wordless ~ Its Friday!

 
Hari nie Jumaat...alalalalalala...bestnyee
 
Yang benar,
Tukang kira hari...wakakakaka
 

Wednesday, November 21, 2012

Movie of the Month ~ November 2012

Aku peminat movie...ya sangat sukaaaaa...Sebab tu kami subsribe channel movie (411,412,413) love it very much!



Aku berpeluang tengok movie IN TIME (2009) baru-baru ini ketika siaran AIM. Cik Abang memang kurang gemar layan bab-bab artis...mula la dia buat muka ngantuk..nak tido awal..
 
Sebagai seorang isteri yang prihatin..cheeewaaahh..mestilah aku perasaan air mukanya walaupun dia agak redha-redha kucing kan....So sebagai isteri yang baik ati gitu...aku pun tukar channel jam 10 malam...ingatkan cite nie boring...rupanya mantap!
 
Ini sinopsisnya:
 
In a future where people stop aging at 25, but are engineered to live only one more year, having the means to buy your way out of the situation is a shot at immortal youth. Here, Will Salas finds himself accused of murder and on the run with a hostage - a connection that becomes an important part of the way against the system.
 
 
Ceritaku pula:
 
Zaman akan datang, time is money. Selama nie kita dok dengar kata-kata seperti:
  • Masa itu Emas
  • Masa itu Nyawa
  • Masa Ibarat Pedang
  • Time is Money
  • Time is more important than money
Pada zaman itu, gaji, tol, makan, penginapan di hotel dan segalanya dibayar menggunakan kiraan masa yang melekat kat badan kita (cer tengok mcm kat tangan Justin or Will Salas tu)...nah itulah masa yang aku maksudkan. Salas hanya tinggal 25 saat untuk mata...gitulah perumpamaannya.
 
Ibu Salas yang kasihankan anaknya memberi masa 1 jam kepada anaknya. Cara masa ditukar milik adalah melalui genggaman kedua-dua tangan. Si ibu sedaya upaya berlari tercungap-cungap  untuk menyentuh tangan anaknya akibat tambang bas yang naik  daripada 1 jam kepada 2 jam. Si anak yang baru mendapat masa selama sedekad dari seorang penderma yang berusia 105 tahun cuba berlari sedaya upaya untuk menyentuh ibunya, namun tidak berkesempatan.
 
Sejak itu, Salas berhijrah dari penempatan asalnya iaitu Dayton, kawasan setinggan ke New Greentown iaitu sebuah bandar elite dan serba mewah. Salah seterusnya bertemu dengan anak tokei yang menjual masa itu dan bermula penggembaraan mereka.
 
 
Jangan lupa saksikan, sure ada ulangan kat channel yang aku ckp tu :).
 
Overall, jalan cerita yang menarik dan ramai manusia berlumba nak hidup lama walaupun ada kalanya mereka tidak bahagia. Yelah siapa yang nak mati kan..
 
Yang agak kelakar, kita tak dapat nak bezakan orang yang kita jumpa tu adalah isteri, nenek atau mungkin anaknya. Ibu mertua nampak sebaya dengan anaknya..Ahahahahaha...Agak lucu...can u imagine that :)...
 
 
Yang benar,
Hidup umpama roda, adakala di atas dan adakala di bawah...renungkanlah..

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H

 
Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua sahabat, kawan-kawan dan keluarga yang sudi mengikuti blog ini.
 
Semoga segala urusan kita dipermudahkanNYA dan dimurahkan rezeki.
 
AMIN.
 
 
Salam sayang,
seraiputih


Merlin Season 5 is on track

Yeay....yeahhhhh...
Kebetulan aku tidur lambat hari Isnin baru-baru nie...yelah esoknya nak Deepavali...
jadi bolehlah bangun lambat...Ahaks
 
Tiba-tiba aku tertekan channel  DIVA....dan guest what ada Merlin Season 5..
yahooooo the moment i've waited so long....good!
 
 
Yang benar,
Peminat setia Merlin
 

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...