Showing posts with label ratugoogle. Show all posts
Showing posts with label ratugoogle. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Ratu Google kah aku?

RATU GOOGLE

Itulah gelaran yang kawan aku bagi. Hehehe. Bunyi cam hebat sangat kan tapi biasa jer. Agaknya skill searching/google aku boleh tahan. Tapi aku sangat suka google. Sangat-sangat suka. Ehehehehe. Berkat skill ini, maklumat yang aku cari mengambil masa yang agak cepat.. :D. Masuk bakul angkat sendiri nampaknye kan....

(sumber : google)

Antara tips yang aku rasa berbaloi untuk dikongsi adalah:

1. Dapatkan http://www.google.com/ (itu sudah pasti la kan)

2. Carian bagi quotes atau phrasa - gunakan simbol ". contohnya ["baju murah dan cantik"]

3. Kalau nak cari lirik lagu yang tak ingat sepenuhnya, gunakan simbol *. contohnya [senyum *suria]

4. Untuk takrif/definisi perkataan yang kurang jelas, gunakan "define:", contohnya [define : sentimental]

5.  Gunakan google sebagai kalkulator. Sesuai untuk simple equation. Mesti ramai yang tak tahu kan. Contoh [4120.56*2-1000=]. Senang bukan!

6. Carian images/books/maps - gunakan google.com tapi perhatikan di atas. Klik sahaja.

7. Advanced search boleh digunakan sekiranya sukar nak ingat dari no 1 hingga 6..Ehehehe..

Selamat goooooooooooooooglee...blup bluuuppp...bluuuuurrrppp (baru sudah mkn nasi ayam goreng yang sedap..2 hari berturut2 makan kat sana)

Laluan elak jem ke Subang Jaya

Telefon berdering.

Mak : Nina, boleh dak mai ambik mak pukui 4.30 petang? Meeting dah abis nie...

Nina : Alamak mak, jem la kat situ...adoooiii. Tapi tak pa la nina nanti keluaq nina sms mak...

Hatiku terus berdebar dan tidak keruan. Serius. Cheewaahh bunyi macam nk pi dating tapi sebenarnya nak pi amik mak di kawasan yang jem. Mak aku di Subang Dorsett. Aku pun menggunakan skill 'ratu google' untuk mencari alternatif lain selain menggunakan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP) dan guess what menggunakan ELITE Highway sangat menbahagiakan.

Dari ELITE Putrajaya (E607) akan melalui Bandar Saujana Putra Interchange(E606) - Putra Height Interchange (E605) - USJ Interchange (E604) - RNR Seafield Interchange (E603).

Gunakan E603, lepas bayar tol ada 2 simpang. Kiri - Klang, Kanan - Subang Jaya. Gunakan simpang kanan dan terus sehingga jumpa simpang pertama di kiri jalan. Belok kiri, terus sehingga jumpa roundabout. Ambik pukul 12 dan belok kanan. Tadaaaaa....hotel di sebelah kiri jalan.

Lega rasanya..tiba di sana dalam 40 minit jer...

Balik pun mudah, gunakan laluan ELITE...sungguh mudah.

Yang penting, gunakan skill google. Maklumlah aku nie bukan jenis pathetic gadget lover. :)


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...