Monday, January 31, 2011

Besttt wooo naik keretapi..

Cus-cus keretapi, cus-cus keretapi...

Itu lagu masa zaman kanak-kanak. Dulu2 memang excited bila tengok ketapi, mesti nak lambai-lambai. Itu belum lagi tengok kapal torbang. Confirm 'bye-bye'..Ehehehe. Itu antara keseronokannya zaman kanak-kanak.

Aku berpeluang naik ketapi baru-baru nie. Kali ini aku cuba 1st class (Coach AFC) Senandung Mutiara. Naik di KL Sentral. Harga RM65. Kalau anda pelajar boleh apply kad diskaun. Cuma perjalanan aku malam selepas balik kerja. So, tak boleh la nak tengok scenery. Ye ker larat mata nie nak tengok scenery. Ngantuk ada ler...:D

Perjalanan pulang dari kampung ke KL bersama adikku, juga dengan ketapi bermula jam 8.18 pagi, coach AFC, Ekspress Rakyat. Kali ini ku pasang niat untuk melihat tasik merah di Perak. Hopefully mata nie masih mampu bertahan.

breakfast yg dibeli

Beberapa gambar tasik berjaya ku capture. Akhirnya....
view tasik merah dari ketapi

Ketapi berhenti di Ipoh. Ramai penumpang naik. Ketapi bergerak semula dengan perlahan.


Aunty : Apa pasai ini ketapi goyang2?

Adikku : Ini ketapi sudah mau jalan....

Aunty : Aiiiyakkkk, ini ketapi mau jalan ka? Apa macam saya mau turun? Tak boleh berenti ka?

Ehehehehe, itu antara peristiwa kelakar. Aunty tu niatnya nak hantar sedaranya sambil borak2 dalam coach. tu. Agaknya dia ingat train tu berenti lama kot. Then, aku pun cakap la kat aunty tu "aunty pegi tanya orang baju biru (staff KTM)". Punyalah laju dia lari sambil membawa payung ala-ala ceti. Tapi takkan ketapi nak berenti utk dia sorang. Akhirnya terpaksalah dia turun di Kampar. Ehehehehe.

Kalau anda tidak mementingkan ketepatan masa untuk tiba di destinasi dan suka menikmati keindahan alam cubalah 'try'. For me who is nature lover, i really enjoyed it!

Tiket keretapi boleh dibeli dikaunter, ditempah online (system akan up pada akhir Feb 2011 rasanya) atau sms. Cam la aku dapat komisyen promote nie. Untuk maklumat lanjut klik http://www.ktmb.com.my/




No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...