Tuesday, October 11, 2011

Percutian Jakarta - Bandung ~ Day 1

Fuuuuuhhhh....lega rasanya dapat cuti + kuar pejabat + melancong....wooohoooooo. Percutian 4 hari 3 malam telah dirancang seawal tahun lepas. Booking tiket AA masa promotion berbaloi-baloi gitu..Kalau nasib baik masa booking dapat tiket pegi-balik RM25. Tapi akunye RM75...mahal sket..tapi syukur alhamdulillah, still affordable.

Pakej telah dibayar sebelum ke sana lagi. Yang penting amik no. mobile pak supir untuk memudahkan connection. Untuk berhubung dari Malaysia - Indonesia, gunakan no. 00 (untuk maxis aku tau ler) diikuti dengan no lain.

Bentuk muka bumi Bandung, seakan mangkuk. Bermakna daerah Bandung dikelilingi oleh gunung-ganang dan bandar Bandung di tengah-tengahnya. Cuacanya dingin ala-ala tanah tinggi.


selaut api...opppss moto daaa...

moto lagi...

salon gigi = tukang buat gigi pelesu

perjalanan ke Jakarta..here we gooooooo




Kami tiba di sana seawal jam 8.30 pagi. Pak supir tiba dengan kete Suzuki AFV. Kami terus ke Jakarta. Pak supir bilang ke Jakarta agak macet (jem ..ehehehehe). Saje nak nengok kota Jakarta. Kota yang sibuk dengan kete....Jem lagi teruk dari KL. Kebanyakan penduduk kat sini menggunakan moto sebab kos taraf hidup yang tinggi. Ramai sekali pedagang tepi jalan.

Sedikit tips yang perlu diketahui...
  • Waktu Jakarta/Bandung - lewat 1 jam dari Malaysia
  • Pastikan tukaran rupiah mencukupi (lebihkan RM200- 300 lagi bagus..) shopping till u drop...its really true!
  • Perlu mengisi borang kastam dalam flight dan diserahkan semasa di airport Bandung. Simpan borang - perlu dipulangkan semasa nak balik Malaysia.
  • Sedia dan asingkan cukai tax 75000RP (dibayar semasa pulang)
  • Sediakan ringgit untuk lunch dalam flight (jika perlu)
  • Sediakan tips untuk pak supir (around 150000 - 250000RP) semasa mau berangkat pulang
  • Restoran plak, pastikan tiada babi dalam menu. Bebek = itik, Sapi = lembu. Babi = babi gakk..ehehehe.
  • Cuba rasa kek pisang keju (lantai bawah iaitu floor paling bawah kat pasar baru)...sedap giler
  • Cuba rasa pisang bolen, ada macam-macam pilihan coklat, keju dan original...not bad..kedai kek yang glamer Kartika Sari dan Amanda
  • Perlu cuba makanan Sunda yang sedap banget..

Yang benar,
Duit dah kering daaa....



2 comments:

  1. wah bestnyer....ila pergi thn lepas ke bandung.. tp ila pergi pakej dr transport, mkn & hotel.. so byran pak supir + tax semua dah include... tp mmg bandung best bangat!

    ReplyDelete
  2. tul tu...cdg nak g lagi..awal tahun depan..eheheh..x pueh shopping sbb g jakarta...

    ReplyDelete

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...