Rancangan Islam Agamaku ke udara di Radio IKIM 91.5FM setiap Khamis tatkala aku memandu pulang ke rumah dari tempat kerja.
Tetamu kali ini adalah Puan Samirah bt Abdullah@ Gita Abdullah, saudara baru berbangsa Hindu.
Cerita Puan Samirah bermula apabila beliau seringkali mendengar suara orang mengaji dengan begitu gemersik di awal pagi.
Suara tersebut seolah-olah mendorongnya untuk mendengar lagi bacaan tersebut. Beliau kerap mendengar alunan tersebut lebih kurang 3 bulan sebelum mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk memeluk Islam.
Apabila disuarakan hasrat terhadap suaminya, si suami menentang hajat beliau. Si isteri nekad dan rela diceraikan bagi membolehkannya memeluk Islam. Hebatnya hidayah Mu.
Suami membantah hasrat beliau dengan tidak pulang ke rumah lebih kurang 3 hari. Suami mengugut untuk membakar si isteri. Namun Puan Samirah kuatkan semangat untuk memeluk Islam dengan ditemani seorang rakan di PERKIM.
Sebaik sahaja mengucap 2 kalimah syahadah Puan Samirah begitu bersyukur dan terus mengenakan tudung yang dihadiahkan oleh rakannya. Maha Suci Allah! Allahu Akbar!
Si suami menelefon untuk berjumpa dan berbincang mengenai masalah mereka. Namun Puan Samirah memaklumkan beliau telah pun memeluk Islam. Si isteri takut si suami akan marah dengan tindakannya. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa kepada Allah.
Si suami menunggu beliau di sebuah stesen bas berdekatan Jusco. Apabila si isteri tiba di stesen bas,
si isteri berdiri bersebelahan suaminya tanpa disedari si suami. Lebih kurang 20 minit disitu si suami masih tidak perasan kehadiran isteri tersayang. Rupanya si suami tidak mengenali isterinya yang telah memakai tudung dan menutup aurat.
si isteri berdiri bersebelahan suaminya tanpa disedari si suami. Lebih kurang 20 minit disitu si suami masih tidak perasan kehadiran isteri tersayang. Rupanya si suami tidak mengenali isterinya yang telah memakai tudung dan menutup aurat.
Si suami mengajak si isteri untuk pulang ke rumah dengan menaiki motor. Namun si isteri menolak dan lebih selesa untuk berjalan kaki. Apabila pulang ke rumah si suami menangis kerana isteri kesayangannya telah memeluk Islam. Si isteri kaget kerana disangkakan suami akan memarahinya. Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Keluarga Puan Samirah telah mengambil maklum penghijrahan Puan Samirah daripada suaminya. Keluarga beliau terkejut dan marah. Kebetulan kenduri akan di adakan dan Puan Samirah diminta pulang untuk bertemu jiran/sanak saudara. Si kakak telah memaklumkan agar si adik tidak memakai tudung dan memakai baju kurung ataupun baju lengan panjang bagi mengelakkan jiran/sanak saudara mengetahui mengenai penhijrahan tersebut.Beliau hanya mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkanNya. Beliau terus bertegas untuk memakai tudung dan berpakaian sopan.
Namun Allah Maha Kuasa, sewaktu beliau hampir tiba di kampungnya..hujan turun dengan lebatnya dan Puan Samirah telah mengenakan tuala bagi menutup kepala dan auratnya. MasyaAllah.
Semoga aku setabah itu wahai Tuhanku.
Semoga aku setabah itu wahai Tuhanku.
Si isteri telah merujuk kepada ustaz mengenai status perkahwinannya. Ustaz memaklumkan tempoh idah adalah 3 kali suci. Mereka akhirnya bercerai namun si suami masih sudi menghantar bekas isteri kesayangannya yang beragama Islam untuk belajar di PERKIM sehingga kini. Semoga si suami diberi hidayah satu hari nanti.
Puan Samirah juga dikhabarkan akan menunaikan umrah dalam masa terdekat. Semoga beliau diberi kekuatan untuk menempuh dugaan hidup.
Aku menangis sepanjang perjalanan sehingga ke rumah. Kerdilnya terasa diri ini walaupun beragama Islam namun kadangkala 'aku jatuh'.
Yang benar,
Kisah ini digarap dari RADIO IKIM dan ditulis sebaik sahaja tiba dirumah sambil sambung mendengar kisah Puan Samirah.
Kisah ini digarap dari RADIO IKIM dan ditulis sebaik sahaja tiba dirumah sambil sambung mendengar kisah Puan Samirah.
No comments:
Post a Comment