Nuffnang

Monday, July 30, 2012

Kisah duka di bulan Ramadhan, 1433

Aku sedang membuat persiapan untuk mesyuarat jam 3.00 petang. Mesyuarat di waktu petang memang bosan giles....Siapa suka mesyuarat waktu petang kan. Yelah nak balik on time untuk masak dan berbuka (mcm aku sorang yang masak dan berbuka...ekekekek)..

Ahli mesyuarat hampir memenuhkan bilik, tinggal beberapa kerat tak smpai lagi...hishhh, kalau  sampai lambat, mula lambat maknanya abis pun lambat laaa...aduisss....please be punctual next time! Tiba-tiba phone berdering;

Kakakku  : As-salam, bz ke today?
Aku         : Meeting baru nak mula...kenapa ya
Kakakku : Tok dah tak dak...(dalam bahasa utara, tok = nenek, tokwan=datuk)
Aku        : Diam dan terkelu...
*Pada masa yang masa, abangku turut mengkhabarkan berita yang sama...

Memori dan kenangan bersama tok umpama tayangan sebuah filem di ingatanku. Satu persatu filem terbayang dalam fikiranku bermula dari zaman sekolah rendah. Terus aku jadi sebak. Tapi aku dalam bilik mesyuarat, aku cuba tahan. Mesyuarat pun bermula namun aku menerima panggilan dari ibuku. Mengkhabarkan berita yang sama dalam nada yang cukup sedih. Aku segera keluar dari bilik mesyuarat untuk mendengar cerita ibuku. Ibuku sedih, aku turut bersedih...
Aku memang rapat dengan tok, teringat aku semasa kami bersama-sama naik bas dengan tok ke pekan untuk ke market (pasar basah). Tok memang seorang yang penyabar dan seingat aku dia tak pernah marah aku...sekelumit pun tak penah, sangat baik...

Aku dan kakakku paling suka makan sayur sawi...sangat sangat suka. Setiap kali van jual ikan/sayur datang...sayur sawi tak pernah tok dilupakan. Sayur sawi masak air...sedapnyeee....rindunye!

Zaman berganti zaman (cheeewaaah), aku pula semakin dewasa dan comel (wakakaka..tak tahan ayat nie kan). Semasa di sekolah menengah, aku seperti biasa masih bertapa di rumah tok di hujung minggu. Bila dah belajar kat universiti, masa aku tak banyak dihabiskan bersama tok, namun bila ada masa terluang kami pasti ketemu....

Namun, aku ini kadangkala bukan seorang cucu yang baik....Aku tak mampu puaskan hati semua orang walaupun aku cuba sebaik mungkin. Kadangkala aku tidak singgah ke rumah tok bila aku balik kampung... Maafkan aku wahai tok kerana kadangkala aku leka namun aku tidak pernah lupa. Tidak sesekali aku lupa.

Kenangan terakhir bersama tok adalah ketika kenduri adik lelakiku pada 3 Jun 2012 (Ahad). Tok sudah lama tidak mampu berjalan lagi. Tok hadir dengan didokong dengan cucu-cucunya. Malam itu, selepas kenduri selesai...tok masih tidak dibersihkan.....kami mengangkat tok untuk pulang untuk dimandikan.  Aku berjaya memandikan tok buat pertama kalinya bersama maksu dan anaknya. Sukar kugambarkan perasaan sedih itu melihatkan keadaannya. Tok telah tua..Ya dan aku juga akan tua. Tok kemudian dibedakkan dan dipakaikan baju...Aku juga sempat bergurau dan alhamdulillah tok masih mengingatiku..Terima kasih tok atas kasih sayangmu...

Dan kali ini tanggal 5 Ramadhan 1433 (Khamis) bersamaan 26 Julai 2012 dan genap 88 tahun usia tok.....aku sekali lagi memandikan tok..Mandi kali ini sedikit berbeza, sangat berbeza sebenarnya...Tok kaku tidak bernyawa lagi...Aku sisingkan jubah dan lengan baju tika mereka memindahkan jenazah dari katil ke tempat memandikan jenazah. Cuba mengawal perasaan yang sedang mengelodak. Aku nak mandikan tok buat kali yang terakhir. Ya Allah, kuatkan diriku....


Aku menyentuh kulit tok yang tidak bernyawa lagi.....tiada lagi tindakbalasnya. Ku usap-usap dengan lembut sambil menyiram air dari atas ke bawah. Ada pakar yang mandikan jenazah dan aku hanya membantu.  Menguruskan jenazah sebenarnya adalah fardhu kifayah. Yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa. Akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, makan semua orang Islam dalam satu kampung/kawasan tersebut akan berdosa. Jenazah akhirnya berjaya dimandikan. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkanNYA.

Kawasan perkuburan

Setelah siap dipakai telekung, dicelakkan dan diwangi..kami mengucup tok buat kali terakhir. Air mata menitis laju...Lebih kurang jam 1045 pagi, 27 Julai 2012...tok telah selamat disemadikan. 

Ya Allah, ampunkan dosa nenekku, dan semoga rohnya tok didicucuri rahmatNYA.





Buatmu nenek, terima kasih tok yang tidak terhingga kerana mendidik kami;
  •  Terima kasih tok kerana mengajarku membuat kuih muih seperti karipap, bengkang (bingka), cucur badak dan pulut panggang. Selepas arwah tok wan meninggal, tok menyara hidup dengan menjual kuih di kedai berdekatan. Kami adik beradik suka tidur kat rumah tok. Jarak rumah hanya 10-15 minit dari perumahan berdekatan. Waktu malam dipenuhi dengan aktiviti membuat kuih dan bangun seawal 3-4 pagi untuk menggoreng dan membakar kuih. Kadang2 bila aku terlajak tidur (sengaja kot..ahaha), bangun je semua kuih dah siap..hebat kan! Karipap tok memang terbaik cuma aku je culas nak belajar, rugi plak rasanya.
  • Terima kasih tok kerana menegur utk aku solat dan mengaji. Tok juga mengajar ngaji pada anak-anak kampung berdekatan.
  • Terima kasih tok kerana mengajar aku melalui teladan. Nenek aku seorang yang sangat pengemas, kalau tengok susunan baju pada rak baju...kemas gileee.....rasanya umpama semua diseterika walhal dilipat je...
  • Terima kasih kerana mengajarku memasak. Cucumu ini masih tak pandai memasak...masih belajar dan akan terus belajar.
 
Sedih setiap kali melangkah masuk dan lihat spot nie...

kerusi malas tempat tok berehat dan baring...

 

Yang benar,
Kasihmu ku kenang hingga ke syurga...

No comments:

Post a Comment

FOSSIL PRELOVED FOR SALE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anda mempunyai koleksi handbag fossil dan ingin menjualnya? Emelkan kepada saya myghibli@gmail.com ...