Friday, September 21, 2012

Sesi makan lagi...sape tak suka makan, sila angkat kaki?

Pagi-pagi ini, semua orang di pejabat serba kelam kabut. Hari yang dinanti akan tiba tidak lama lagi. Moga segalanya dipermudahkanNYA. Yang penting ikhlas bekerja dan bukannya niat nak menunjuk dan dapat pujian. Allah tau apa yang anda buat.

Sesudah siap, apa yang patut aku buat...aku pun boing boing...blog la..rindu nak nulis, tapi kadang2 idea tak datang-datang..Pagi nie, aku sertakan menu-menu makanan yang aku penah makan sepanjang aku tak update blog aku......jom layan air liur..ekekekeke.

 1. SECRET RECIPE ALAMANDA
 

Tom yum kung noodle...superb & hot!

 

nasi ape ntah, kawan aku yang order...

burger member aku....dia kata nk diet, tapi burger dibahamnya..

my fav drink - cucumber dan celery juice

blueberry cheese cake...ini sape cakap tak sedap, mmg nak kena!
 
 
2. MR KABAB, PRESINT 15, PUTRAJAYA

Puri yang dimakan bersama dal...aku teringin nak try roti nie gara-gara Master Chef Celebriti Malaysia Pertama (besar tul pengaruh tv kan)...
episod tu peserta dikehendaki masak puri oleh chef jemputan

"Lihatlah kemontokan dan kegebuan badanku"
 

Tandoori chicken
 
Tandoori chicken, sesekali kalau berani gigitlah si baju hijau itu...
 
3. RESTORAN SOHO SEAFOOD, BANGI

ada stall burger bakar, sape yang teringin makan burger makan tapi tak sanggup beratur
berjam-jam cam kat Shah Alam dan Wangsa Maju...leh try makan sini...
yang nie tak silap akuRM14.00 (tambah extra cheese)
 
4. MEDAN IKAN BAKAR BANGI
 

tom yum

Mmg sedap gile sambal tu....ikan pari bakar
 

5. COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA
 
 
Hajat dihati nak ke Melaka, tapi jem teruk sgt...
last-last kami berenti, beratur dan beli coconut shake.
 
longgokan ramuan utama - kelapa
 
Ice cream walls...aku agak dekat 50-70 bekas ice-cream yang telah digunakan.
Masa aku beratur jam 3.00 petang.

Sehari mau 100 - 120 bekas
 
 
Klebang Original Coconut Shake
 
Ice cream vanilla
 
 
 Yang benar,
Penggemar makanan tempatan
 
 
 



Tuesday, September 18, 2012

Nasi ayam sedap bangat di Kelantan

Entry ini sebenarnya agak pekasam.....maklumlah sibuk yang melampau...baru sempat nk update..
Kisah ini berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri 2012...ngeh ngeh ngeh!
 
Sempena kepulangan anakanda ke kampung, anakanda telah berjaya memintal daun ketupat dan akhirnya jadilah ketupat (takkan jadi pokok plak kan..apa la seraiputih nie).

Terima kasih diucapkan kepada kak cimox kerana mengajar kawanmu ini. Bersyukur sgt akhir menjadi ketupat dalam 30 butir. Cam tak percaya plaks...Jadi beb! Selama nie kalau raya kat rumah aku...ketupat daun palas...

Apa yang penting selepas merebus ketupat nasi perlu ditoskan airnya....gantunglah pada tempat yang leh gantung...

3 ketul ketupat...buat bekal berbuka masa balik kg...

3 ketul je...tapi tak habis pung mkn!

Ketulan-ketulan ketupat yang direbusss....

TARA...dah siap ketupat utk dijamah...aku berjaya bergantung walaupun tak der paku
 
Pandai tak?? Mak mertua aku cdgkan guna hanger.....brilliant!
Mak mertua siapkan kasi clear objek-objek yang tidak cun dibelakang..
 
Kami sempat shopping berhelai-helai tudung cap bawal di Pasar Siti Khadijah. Sempena keboringan dan kebosanan makan rendang dan nasi minyak sempena raya, kami sempat singgah area tesco dan kebetulan jumpa kedai Nasi Ayam. Kedai ini wajib dikunjungi selepas balik kampung lagi selepas ini.....lagipun kedai nie baru je bukak lepas raya..menu yang ada hanya nasi ayam, ala carte lain tak ade lg....
 
 
daging masak cili kering (cam lupa plak menu nie)...sedappp
 
pedas tapi sedap!
 

hidangan utk 6 org....yg makan 5 orang je...tapi mmg berbaloi sbb sedap sgt


nasi hayam...ehhh ayam!

 
Hi Ayam!
 
 
Yang benar,
Teringin buaian la...bestnye main buai dalam rumah...
 


Rancangan tv waktu santai

Aku 'super suka' rancangan memasak. Walaupun aku boleh dikira tak handal memasak...tapi aku menunjukkan minat yang agak jitu dalam bidang ini (cam ayat diinterview oleh chef kan)...

Aku juga 'super suka' kitchen appliances. Cuma tak semua dapat dimiliki lagi. Kalau g sogo tu...aku mesti nyinggah kat kitchen level. Pasti ada yang disambarnya kalau dah berkenan...apapun tgklah ongkos dulu kan...berbelanja bila perlu sahaja!

~Masterchef Selebrity Malaysia

~ Junior Masterchef

~The Kitchen Rules

~Iron Chef

~Clean House


Yang benar,
seraiputih

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...