Tuesday, May 21, 2013

Movie of the Month ~ May 2013

Walaupun aku penat, TV wajib layan....siapa tak suka layan TV kan....
release semua tension yang tak berapa nak tension tu...ahahahaha
 
Jommmsss tengok movie apa yang aku suka dan akan tengok semula...ehehehe.
 
 
Coach Carter ~ Kisah mengenai games basket ball di tempat bernama Richmond. Coach Carter inginkan pelajarnya bukan sahaja excellent dalam sukan tapi pelajaran memandangkan daerah Richmond lebih terkenal dengan masalah sosial yang agak kritikal. Kebanyakan pelajar terdiri daripada keluarga bermasalah dan miskin. Namun percayalah cerita ini menyentuh perasaanku, dan aku menangis!
 

The Hunger Games ~ Cerita zaman akan datang di mana seorang lelaki dan perempuan dipilih daripada setiap district (jumlah district = 12) melalui cabutan nama untuk berperang sebagai menghormati peperangan yang berlaku sebelum ini. Katniss Everdeen menawarkan diri menggantikan adiknya yang terpilih. Hanya akan seorang pemenang dalam permainan ini. Peserta akan saling berbunuhan bagi merebut gelaran juara yang menjanjikan hadiah yang lumayan.
 
 
Colombiana ~ Menarik. Kisah mengenai Cataleya yang kematian keluarga akibat dibunuh oleh sindiket. Dia bertekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Jalan cerita bleh di agak gaks la..
 
 
Yang benar,
Sleepy eyes
 
 


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...