Tuesday, May 21, 2013

Movie of the Month ~ May 2013

Walaupun aku penat, TV wajib layan....siapa tak suka layan TV kan....
release semua tension yang tak berapa nak tension tu...ahahahaha
 
Jommmsss tengok movie apa yang aku suka dan akan tengok semula...ehehehe.
 
 
Coach Carter ~ Kisah mengenai games basket ball di tempat bernama Richmond. Coach Carter inginkan pelajarnya bukan sahaja excellent dalam sukan tapi pelajaran memandangkan daerah Richmond lebih terkenal dengan masalah sosial yang agak kritikal. Kebanyakan pelajar terdiri daripada keluarga bermasalah dan miskin. Namun percayalah cerita ini menyentuh perasaanku, dan aku menangis!
 

The Hunger Games ~ Cerita zaman akan datang di mana seorang lelaki dan perempuan dipilih daripada setiap district (jumlah district = 12) melalui cabutan nama untuk berperang sebagai menghormati peperangan yang berlaku sebelum ini. Katniss Everdeen menawarkan diri menggantikan adiknya yang terpilih. Hanya akan seorang pemenang dalam permainan ini. Peserta akan saling berbunuhan bagi merebut gelaran juara yang menjanjikan hadiah yang lumayan.
 
 
Colombiana ~ Menarik. Kisah mengenai Cataleya yang kematian keluarga akibat dibunuh oleh sindiket. Dia bertekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Jalan cerita bleh di agak gaks la..
 
 
Yang benar,
Sleepy eyes
 
 


Kurang mood untuk bekerja

As-salam kepada semua yang mungkin terjumpa blog aku, terima kasih ya kepada yang sudi membaca blog aku ini. grasias!

Hari nie aku kurang mood nak kerja. Normally orang malas nak kerja hari Isnin, tapi minggu nie aku tak der mood nak kerja sepanjang minggu. Alasan?

  • Bilik aku sunyi ~ roomates sorang cuti, sorang kursus kat KL ~ tak der geng nak bergelak ketawa dan menyakat.
  • Aku sakit kaki, sakit urat dan sakit badan ~ gara-gara aktiviti luar biasa kat Taman Negara Pahang ~ dah lama aku kepingin ke sini, tapi bila dah join group yang serasi...i'm over excited..tunggu aku update blog yaaa....yang paling best dapat mencabar diri panjat Bkt Teresek dan Canopy Walk terpanjang di Asia. Lepas nie cadang nak g Royal Belum Gerik. Pheewwwiiittt.. lepas tu gerenti sakit badan lagi...padan muka sendiri
  • Aku banyak kerja ~ gara-gara kursus di KL last week, keje admin aku bertambah selain keje hakiki. Hari nie aku perlu siapkan semua kerja yang pending sebab esok aku akan mula berkursus di KL semula. Yahooo.....sesekali kursus di KL dapat release tension cumanya jem teruk gila ****. Paling lambat kena kuar rumah jam 6.30 pagi, tapi Alhamdulillah rumah aku tepi highway Bangi...so makin dekatlah..
  • Apapun, nasib baik Jumaat nie cuti Wesak kan, leh rehatkan badan, kemas rumah dan memasak...sorry sayang tak sempat masak lagi this week :).

such an adorable pic...ehehehe
 source : google


Ok, jumpa lagi ya...banyak cerita aku tak sempat update...Huhuhuhuhu..


Sunday, May 5, 2013

AKU TELAH UNDI

Aku telah selesai mengundi. Alhamdulillah, lega rasanya.

Tanggal 5 Mei 2013, jam 8.10 pagi, aku dah ajak adik aku bawa moto untuk ke tempat mengundi..............walaupun aku sampai agak awal...rupa-rupanya ada orang lebih awal dari aku. Aku dah print dari SPR aku saluran mane...so lebih cepat untuk beratur. 

Orang berpusu-pusu datang, sempat gak aku snap beberapa keping gambar. Curi-curi la snap kang kena marah plak sbb semua orang kepenatan beratur dan kepanasan. Ehehehehehehe.

Lebih kurang jam 9.15 pagi, jari aku telah selesai dicalit dengan dakwat biru. Bangga siut...ehehehehehe 

Tapi rasanya ramai orang boleh agak sape yang menang kali ini....Sangat sengittt....Apapun kita tunggu keputusan malam ini untuk maklumat secara rasmi.

SELAMAT MENGUNDI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Saturday, May 4, 2013

Debaran PRU 13, 2013

Nampaknya tinggal beberapa jam lagi, kita akan mula mengundi. Aku tiba di P.Pinang jam 1 petang tadi......Alhamdulillah kawan aku nk balik, aku pun tumpang la dia...Terima kasih ya..walaupun mungkin dia tak baca blog aku..ehehehehhe

Perang bendera makin hebat terutama di kawasan panas.....penyokong-penyokong parti sibuk membuat persiapan saat-saat akhir....Berdebar tunggu keputusan malam esok, selalunya keputusan diumumkan malam selepas proses penggundian tamat jam 5 petang..

InsyaAllah, aku akan keluar awal pagi untuk menggundi....Minta adik aku yang tak boleh mengundi lg tlg hantarkan dgn moto :). Cik abe mengundi @ Bangi....

Apapun keputusannya esok, semoga tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini...dan segalanya berjalan lancar...Amin...

Yang benar,
SELAMAT MENGUNDI DENGAN BIJAK


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...