Taip nama serangga nie aku dah GELI...geli giler....tapi aku nak taip gaks...ehehehhe. Google and view image lipas or cockroaches pun dah gelis giles.
source : goggle (aku geli giler, sampaikan tak leh copy real cockroaches pictures)
Aku sangat bernasib baik, rumah yang aku dok sekarang tak der lipas. Alhamdulillah bersyukur sangat. Kalau nampak lipas, gerenti aku jerit. Kalau yang terbang...leh bayangkan jeritan aku tu...
Dulu, masa belajar kat rumah sewa aku, tetiba keluar lipas dari lubang dinding bilik air. Keluar mak bapak, atuk nenek dia yang warna putih tu...gelis giler. Ntahlah kenapa lipas tu keluar tiba2..agak2 berlaku gangguan kat lubang tu kot.
Itu belum lagi kisah lipas terbang. Ada sorang je housemate yang tak takut lipas. Lipas yang terbang tu seekor ja, tapi kitaorang kat bawah nie menjerit dan asyik keluar masuk bilik gara-gara lipas yang jugak keluar masuk bilik. Kelakar gila....
Aku tambah geli bila tengok telur dan badan lipas. Geliiiiii......Kalau korang layan movie joe's apartment..aku geli gaks hidup serumah dengan ribu raban lipas...
source : youtube (joe's apartment)
Walaupun dikhabarkan, lipas mampu mengubati penyakit..tapi aku tak sanggup
Dah beberapa kali aku makin obses layan National Geographics Channel- Monster Fish.
Lepas balik keje, kalau tak der movie best aku layan Nat Geo. Review untuk Monster Fish nie lebih kepada ikan pendatang yang masuk ke sungai negara/sempadan negeri lain. Contohnya episod baru-baru nie, ikan keli yang dipindahkan oleh seseorang kepada tasik/sungai negara/sempadan lain. Apabila ikan pendatang tu selesa kat habitat baru, kesannya ikan asal atau local fish makin berkurangan. Ikan keli (wels catfish) dikesan sanggup memakan apa sahaja - bola, mayat dan macam2 lagi. Geli weiii nak makan ikan keli...
Paling besar ditangkap mencecah 3 meter. Besar giler. Cara ditangkap : menggunakan elektrik (dalam watts yang dibenarkan, kang mati plak). Maklumat ikan keli wels...boleh rujuk kat wikipedia/catfish.
source : goggle searching
Malam tadi plak, ikan kap yang juga ikan pendatang di Sungai Illionis. Ikan kap (flying carp) nie boleh terbang. Maknanya kalau nak tangkap senang jer..nampak dia terbang dari sungai, sauk je. Ikan nie dijual agak murah, dikhabarkan isinya agak melekit dan berbau busuk. Tapi bila pengacara tu makan, sedap jer dia kata. Katanya cara untuk mengurangkan ikan kap tu sungai tersebut - banyakkan makan ikan kap. Lagi satu, host tu bagitau kat china, ikan karp nie tak terbang pun.
Kenapa kat sini ikan nie terbang ya? Aku musykil. Sangat musykil....
Ikan nie pun menyebabkan local fish makin kurang. Kalau terkena muka, silap2 patah hidung dan luka..
Esok cuti..off course...semua orang suka kan. Tapi tak dinafikan ada yang gila kerja. Bosan tul orang camtu. Lain la kalau polisi syarikat tu, kerja dan pay triple!!!!
Pernah bos aku cakap gini :
Kenapa esok diumumkan cuti? Banyak meeting kena tunda maaa...
Cuti diumumkan selepas Malaysia menang untuk Piala Suzuki. Aku pernah buat entry tentang Piala Suzuki. Nyampah tul dengar ayat orang workaholic. Semua orang perlukan rehat.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H. Samalah2 kita perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammmad S.A.W.
Fuuuuhhhh...penat minggu nie. Sangat penat dan tak cukup tidur. Rupanya dah 2 tahun pelaksanaan permit kerja-kerja kecil untuk rumah. Manalah aku tahu....Kerja-kerja kecil nie merangkumi 3 kategori:
a. Pasang grill
b. Pasang grill
c. Tukar/pasang tiles
Selain dari kategori di atas, kena mohon pelan setara dari PBT.
Caranya untuk memohon permit kerja-kerja kecil:
a. Semak alamat rumah kediaman dalam rekod PBT, sekiranya ada sila bayar cukai pintu. Sekiranya tiada, perlu ke Jabatan Penilaian PBT tersebut.
b. Isi borang untuk cukai pintu serta dicop oleh PBT
c. Perlu ke Jabatan/Bhgian Bangunan untuk dapatkan borang - bayaran di kaunter PBT.
d. Isi borang dengan lengkap - pastikan salinan I/C, S&P, Borang Cukai Pintu, Pelan yang ditandakan, gambar rumah (valid untuk seminggu sahaja)
e. Disemak oleh Bhgian Bangunan dan membuat bayaran RM270.
f. Kemukakan resit semula di Bahagian Bangunan.
g. Tunggu satu jam - baru siap permit (cepat!!!)
Malam tadi aku layan berita @TV3. Sape yg tgk berita mlm tadi? Ada video penangkapan seorang peniaga kat Taman Pelangi, Juru, Bukit Mertajam oleh MPSP. Ada sorang pakcik ahli PAS, itu kawan ayah aku. Dia peniaga mee (gambar mee yg aku makan tu kat kedai dia la).
Kesian aku tengok ramai yang ditindas. Aku pelik kenapa gerai-gerai yang diroboh kebanyakkan gerai orang Malaysia. Walhal kat situ memang sangat banyak gerai indon, vietnam, bangla dan orang luar.
Aku memang familiar kat situ, sebab aku dok berdekatan. Taman Pelangi, Juru nie kalau mai malam-malam memang rasa cam dok kat oversea. Sebabnya setiap malam peniaga berniaga. Peniaga plak pendatang asing.
Tapi tup-tup ada berita terkini, MPSP hentikan operasi robohkan gerai haram tu. Kenalah adil, ada lagi gerai pendatang yang tak dirobohkan.
Kena nasib Melayu di Penang jer dibuli, banyak je gerai cina, tapi dibiarkan.